Kembali tersenyum…
Itulah ungkapan paling sesuai buat pemilik nama Muhammad Haziq Hasbullah, bekas vokalis kumpulan ‘Putera Band’ setelah melepasi fasa suram dalam hidupnya apabila mengalami kemalangan jalan raya.
Kemalangan yang berlaku pada tahun lepas hampir memungkinkan sebelah kakinya dipotong.
Bersyukur kerana kembali mampu berdiri dan berjalan dan kini dia mengorak langkah semula langkah sebagai anak seni dengan penampilan single solo pertama berserta muzik video berjudul ‘Kembali Tersenyum’.
Lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya penyanyi popular yang juga seorang komposer berbakat, Haqiem Rusli bergenre pilihan dan impian Haziq selama ini.
“Terima kasih kepada Haqiem Rusli dan FMC kerana buat lagu yang best untuk saya”, ungkap Haziq.
Bercerita lanjut, Haziq memberitahu lagu solo pertamanya ini berkisar tentang dirinya sendiri iaitu ketika terlantar dan tidak berdaya untuk berdiri selepas insiden kemalangan.
Malah tanpa berselindung, Hairi berkongsia dirinya terpaksa mengasari dan menyingkirkan orang yang dicintai kerana tidak mahu pasangan terbeban dan rasa malu dengan keadaan dirinya yang tidak boleh berjalan pada ketika itu.
Haqiem Rusli turut memberikan komentar berkenaan perkara terbabit.
“Apa yang membuatkan saya setuju mencipta lagu untuk Haziq ialah kerana saya boleh lihat potensi yang ada pada dirinya untuk terus berjaya bila dia bergerak secara solo.
“Tambahan pula bila saya diminta tulis lirik lagu yang berkisar tentang kisah benar yang dia lalui, itu lebih buat saya berminat untuk tulis dan cipta lagu ini,” ujar Bintang Paling Popular ABPBH tahun ini.
Mengulas tentang kejadian hitam yang dialaminya, Haziq menyatakan insiden berkenaan telah menimbulkan rasa keinsafan dalam diri dan bersyukur akan nikmat Allah kurniakan sebelum ini.
Anak sulong kepada penyanyi kumpulan Eva Linda, yang kini berusia 20 tahun bersyukur kerana Allah telah memakbulkan doanya untuk kembali aktif di persada seni tanah air.
Haziq juga menyatakan penghargaan dan berterima kasih kepada ibunya yang tidak pernah berputus asa mendoakan kesembuhannya.
“Alhamdulillah, kerana Allah makbulkan doa saya dan mama, saya amat takut waktu itu bila dapat tahu bahawa kaki saya akan di potong.
“Saya bersyukur kerana ada mama yang kuat dan berusaha menghalang dari kaki saya dipotong, jika tidak saya tak tahu apa nasib saya sekarang,” katanya.
Menurut Linda Eva pula, sepanjang tempoh itu dia melihat sendiri bagaimana Haziq melalui fasa tekanan perasaan yang mendalam mengenangkan nasibnya yang mungkin tidak dapay berjalan lagi seperti biasa.
“Sebagai ibu, saya tak sanggup tengok anak saya begitu. Air mata tak henti mengalir dan saya tak putus berdoa setiap kali lepas solat supaya Allah sembuhkan Haziq.
“Tambahan pula dia terlalu muda. Saya selalu ingatkan Haziq, hanya semangat dan kekuatan dalaman beliau sendiri yang dapat bantu dia untuk sembuh, selain jangan putus berdoa,” kongsi Linda .
“Saya amat berharap single solo saya ini dapat mengubat segala kesedihan yang saya lalui, bukan sahaja tentang kemalangan itu, tetapi juga tentang kisah insan yang saya sayang”
Dalam pada itu, Haziq berharap para peminatnya terus setia bersama seterusnya menyokong lagu ini serta kerjayanya.
Single solo pertama Haziq akan dilancarkan di semua saluran muzik online dan muzik video akan dilancarkan serentak di saluran youtube rasmi FMC MUSIC mulai esok tepat jam 8 malam.
Good luck Haziq! Semoga berjaya dengan single solo terbaharu dan berhati-hari di jalan raya ya…👍🏻
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply