Pelakon bertubuh genit, Elfira Loy telah selamat melahirkan anak sulungnya pada awal Oktober (1 Oktober 2019) di hospital yang berkonsepkan ‘Islamic friendly’’ dan patuh syariah, Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan, Selangor.
Elfira Loy atau lebih mesra disapa El berkongsi video ‘boomerang’ berdurasi lima saat suami bersama anaknya di laman Instagram miliknya.
“Syukur Alhamdulillah | 1.10.19”, tulis El di Instagram tanpa menyatakan butiran lanjut tentang kelahiran bayinya itu.
Nampaknya El sudah pun bergelar seorang ibu. Tahniah diucapkan!
Di ruangan komen, rakan-rakan artis dan para peminat mengucapkan tahniah kepada Elfira dan suami.







Leave a Reply