Jika ke Tanjung Malim tak sah kalau tidak singgah merasa pau dalam daerah yang dikenali sebagai Proton City .

Apa tidaknya, Tanjung Malim amat sinonim dengan hidangan roti pau yang mempunyai nilai rasa yang tersendiri dan berbeza dengan pau yang biasa kita makan membuktikan peniaga pau di sini mempunyai kemahiran tinggi mengadun resipi pau turun temurun dengan sempurna.
Bagi mereka yang gemar mengembara sambil mencari makanan tempatan yang popular, jika ke daerah Tanjung Malim, amat janggal rasanya jika tidak merasai keenakan pau disini.
Moh kami kongsi gerai pau yang amat popular di Tanjung Malim.
Biasa dengar Pau Yik Mun???

Pau Yik Mun amat terkenal di daerah ini. Memulakan perniagaan sekitar tahun 1926, Pau Yik Mun sehingga kini masih diminati ramai sehingga mampu mempunyai jenama produknya sendiri.

Tauke Pau Yik Mun berbangsa Cina, tapi jangan risau, produknya dijamin halal maka tidak hairanlah para pelanggan setia Pau Yik Mun berbilang bangsa dan kaum.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa Pau Yik Mun amat terkenal, bukan?
Dengan mengekalkan resipi turun temurun, roti Pau Yik Mun amat lembut. Istimewanya,rotinya akan kekal lembut walaupun dah sejuk.
Apatah lagi kalau dimakan panas-panas dengan inti yang cukup mewah. Berbaloi dengan harganya.

Inti daging, ayam dan kacang dihancurkan serta dibentukkan pada saiz yang agak besar. Memang puas hati makan pau disini.
Dengan roti pau yang lembut membaluti inti yang banyak dan lazat, sebiji pau saja tak cukup ya.
Di kedai Pau Yik Mun, bukan hidangan pau sahaja yang dijual, tapi banyak lagi menu lain turut disediakan.
Kalau ingin singgah di kedai Pau Yik Mun, usah khuatir, lokasinya amat mudah.
Kedainya berlokasi di Persiaran Slim Permai 8, Tanjung Malim. Waktu operasi pula bermula jam 8 pagi sehingga 8 malam.
PAU MELAYU DEPAN PEJABAT TELEKOM, TANJUNG MALIM
Masih mahu mencuba pau gebu gebas terkenal di Tanjung Malim, kami meneruskan perjalanan mendapatkan Pau Melayu viral Wak Edi yang berlokasi di hadapan Pejabat Telekom, Tanjung Malim.

Mengusahakan perniagaan Pau Melayu seawal tahun 1978 di Chow Kit, Kuala Lumpur dan pada tahun 1985 mula berniaga di Tanjung Malim pula.

Wak Edi menjual Pau Melayu kacang hitam, sekaya dan kari ayam di warong basikal beroda tiga yang dikukus panas-panas dalam pengukus buluh.
Siapa sangka warong basikal beroda tiga ini digunakan sejak awal penglibatan menjual Pau Melayu dan kini warong basikal beroda tiga berkenaan sudah 42 tahun berbudi pada tuannya.
Jika bertanya dengan para pelanggan setianya, kelazatan dan roti pau nya yang gebu dan lembut menjadi tarikan utama Pau Melayu yang diusahakan oleh Wak Edi yang kini berusia lewat 60 tahun.
Di samping dengan harga jualannya yang murah, RM1.50 sahaja, manakan tidak Pau Melayu Wak Edi mempunyai kelompok peminat yang ramai.

Dengan purata jualan harian mencecah 200 biji sehari, Wak Edi membuka gerainya bermula jam 4.30 petang sehingga 7.00 petang atau sehingga habis pau dijual.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan Pau Melayu Wak Edi, bolehlah berkunjung di warong basikal beroda tiga di hentian bas, Jalan Besar, Tanjung Malim pada setiap hari Sabtu sehingga hari Khamis.
Semoga Wak Edi dimurahkan rezeki.
PAU UPSI
Meneruskan misi merasa pau di Tanjung Malim, kami dibawa ke kedai Pau Sedili atau kini lebih dikenali sebagai Pau UPSI.
Kedai Pau UPSI ini bertempat di Kampus Sultan Idris Shah iaitu hanya kira-kira 5 minit dari Tol Tanjung Malim.

Mula beroperasi pada tahun 2015, kedai pau ini menyediakan pelbagai jenis pau panas dan sejuk beku.
Haaa, dah puas makan di kedai, bolehlah juga tapau pau frozen untuk dibawa pulang mahupun sebagai buah tangan buat keluarga mahupun kenalan.

Antara pau yang popular dan laku keras ialah pau keladi serta pau ‘salted egg caramel’. Wah! Rare ni!

Apa pula keistimewan pau UPSI ini sehingga menjadi sebutan ramai?

Haaa, Pau UPSI dimasak secara kukus mahupun dibakar. Itu yang beza dan uniknya Pau UPSI.
Jom cuba produk Muslim ini!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply