Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 869 kes baharu, enam kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 869 kes baharu, enam kematian direkodkan hari ini

Sebanyak 869 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 868 kes tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 42,050 kes.

Jumlah pesakit discaj seramai 725 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 30,304 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,689 orang manakala 82 pesakit berada di ICU dan 27 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan enam kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 300 kes.

Adalah diharapkan agar orang ramai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Ini adalah usaha bagi mengekang seterusnya memutuskan rantaian COVID-19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments