Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACrew sign off! 2,200 kakitangan Malindo Airways diberhentikan

Crew sign off! 2,200 kakitangan Malindo Airways diberhentikan

Sejak pagi tadi, berita pemberhentian kakitangan syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd menjadi perhatian masyarakat.

Ia susulan langkah yang terpaksa diambil kesan daripada pandemik COVID-19 yang telah melumpuhkan operasi syarikat penerbangan di seluruh dunia.

Malindo Airways juga tidak terkecuali menerima kesannya.

Menurut laporan, syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrid ini terpaksa memberhentikan kira-kira 2,200 kakitangan atau lebih daripada separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.

Syarikat penerbangan itu juga berkemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima Boeing 737 dan enam ‘turboprop’ ATR.

Selain Malindo Airways, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd telah melakukan pemberhentian kakitangan sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka pada 9 Oktober lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO), Tan Sri Tony Fernandes, langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.

Pada hari yang sama juga, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS), Kapten Izham Ismail mengumumkan syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini.

Sesungguhnya, pandemik ini telah membantutkan perkembangan penerbangan dan dalam sektor pelancongan khususnya.

Dalam perkembangan lain, National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM) memohon agar pihak berkuasa mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pembayaran pinjaman syarikat kewangan dan bantuan pengeluaran KWSP buat kakitangan yang terjejas.

“Untuk pengetahuan Perdana Menteri, ramai kru kabin hidup susah hari ini.

”Wang simpanan KWSP adalah satu-satunya simpanan buat pekerja yang amat memerlukan wang untuk keperluan mereka dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

”Ramai pekerja ini memohon keluaran sebanyak RM10,000 dan bukan semua amaun simpanan”, kata Shashi Kumar, Timbalan Setiausaha Agong NUFAM.

Menurutnya lagi, wang pampasan yang diterima oleh pekerja ini kebanyakannya kurang daripada RM5,000 seorang dan ramai antara pekerja yang dibuang itu dalam golongan B40 dan M40.

”Jadi, bagaimana mereka mahu menangggung kehidupan mereka dalam tempoh masa yang akan datang jika kerajaan tidak memberi kelonggaran ini?

”Dengan itu, NUFAM ingin memohon pihak kerajaan terutama sekali YAB Perdana Menteri meniliti semula permohonan dan cadangan kami”, tambahnya.

Semoga ada pihak berwajib yang dapat ketengah membantu golongan yang terjejas akibat diberhentikan kerja bukan saja dalam bidang penerbangan dan pelancongan, malahan sektor lain juga.

Sebak melihat ucapan terakhir kakitangan Malindo Airways di laman media sosial.Kemana agaknya mereka selepas ini…

Semoga Belanjawan 2021 membawa perkhabaran baik buat semua yang terkesan akibat wabak pandemik ini.
Crew sign off…✈️ ????

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments