Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan dua kes sembuh dan dua kes baharu COVID-19.
Ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 33 kes aktif di Terengganu dengan jumlah keseluruhan 194 kes.
Kes sembuh adalah dari Mukim Tepoh dan Mukim Pelagat manakala dua kes baharu ini dikesan di Mukim Rasau, Dungun melalui saringan kontak rapat kes Kluster Makekar.
Kesemua 33 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply