Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAOPS BENTENG : PDRM tahan 10 individu atas kesalahan imigresen

OPS BENTENG : PDRM tahan 10 individu atas kesalahan imigresen

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 10 individu atas kesalahan imigresen  dalam 70 sekatan jalan raya Operasi Benteng di seluruh negara. Dalam operasi terbabit, PDRM telah memeriksa 33,335 kenderaan bagi mengekang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

Operasi Benteng yang membabitkan PDRM, Angkatan Tebtera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi mengawal ketat sempadan negara secra bersepadu bagi mencegah kemasukan PATI sekaligus mengekang jenayah rentas sempadan serta usaha menyekat penularan wabak COVID-19, memandangkan kerajaan mengambil langkah tegas terhadap mana-mana pihak yang memasuki sempadan negara secara haram.

Oleh kerana itu, anggota penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan di sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments