Adakah anda pernah mengalami kesakitan yang tidak diketahui penyebabnya dan punca kesakitan adalah di sekitar tengkuk dada, bahu, siku, pinggul dan lutut?
Memetik perkongsian dari laman Public Health Malaysia, kesakitan atau gejala terbabit berkemungkinan adalah kerana penyakit Fibromyalgia.
Terdapat 18 titik kesakitan yang telah dikenalpasti bagi pesakit Fibromyalgia dan tempat-tempat ini akan mengakibatkan individu berkenaan berada dalam kesakitan yang sangat ketara apabila ditekan.
Sekuranya serius, ianyaboleh menyebabkan pesakit sukar untuk bergerak.
Adakah anda mengalami kesakitan yang tidak diketahui punca di sekitar tengkuk dada, bahu, siku, pinggul dan lutut?Ia…
Posted by Public Health Malaysia on Saturday, 11 July 2020
Kesukaran bangun pada waktu pagi merupakan antara waktu paling sukar buat si pesakit namun titik kesakitan ini tidak sentiasa ada.
Namun bagi yang mengalaminya sahaja yang akan mengetahui betapa sakitnya derita Fibromyalgia malahan turut dikhabarkan selebriti terkenal seperti Lady Gaga dan Morgan Freeman juga adalah antara penderita masalah ini.
Sekiranya anda mengalami gejala ini secara berterusan dan ianya mula menjejaskan kehidupan seharian, segera dapatkan pemeriksaan dari klinik atau hospital berdekatan.
Anda juga dinasihatkan agar mengelakkan diri dari mengambil sebarang ubat tahan sakit tanpa pemantauan doktor atau mengambil produk yang tidak diketahui kandungannya.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply