Setiap tahun satu daripada tiga orang di dunia menghidapi penyakit zoonosis.
Zoonosis adalah penyakit berjangkit seperti leptospirosis iaitu penyakit kencing tikus, rabies, dan sebagainya yang boleh menular antara haiwan kepada manusia.
Dalam kehidupan harian, masyarakat kita berhubung rapat dengan pelbagai jenis haiwan terutamanya haiwan belaan atau ternakan.
Maka tanpa disedari kita berpontensi tinggi terdedah dengan pelbagai jenis kuman yang dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan.
Penyakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit.
Jangkitan boleh berlaku dalam berbagai bentuk antaranya pendedahan langsung ketika menyentuh, digigit atau dicakar oleh haiwan berkenaan.
Walau bagaimanapun, risiko pendedahan kepada penyakit ini boleh dikurangkan jika kita tahu mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai.
Antara perkara yang boleh kita amalkan ialah menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun selepas menyentuh haiwan, menjaga kebersihan tempat haiwan berkeliaran dan memberikan vaksin mengikut jadual yang ditetapkan.
Disamping itu, jangan makan daging mentah atau daging kurang masak serta elakkan daripada gigitan haiwan, serangga dan nyamuk.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply