Mungkin sesetengah pencinta kucing mengamalkan cara tersendiri tentang penjagaan kucing dan makanan yang diberikan kepada haiwan berkenaan.
Memetik perkongsian dari laman media sosial Public Health Malaysia, rupanya terdapat beberapa jenis makanan yang tidak boleh diberikan kepada kucing.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2672769093012946&id=1712327752390423
Harus diingat, kesilapan memberi makanan kepada kucing kesayangan anda boleh menyebabkan haiwan comel ini mengalami sel darah merah pecah dan masalah kekurangan darah.
Antara jenis makanan yang dilarang adalah segala jenis bawang termasuk bawang goreng, bawang mentah dan bawang yang telah dimasak.
Buat pengetahuan anda, bawang putih lima kali lebih bahaya berbanding bawang biasa.
Antara makanan lain yang tidak boleh diberikan adalah susu dan juga produk tenusu kerana ianya boleh mengakibatkan cirit dan masalah penghadaman.
Buah anggur pula boleh mengakibatkan masalah buah pinggang.
Begitu juga dengan kopi, coklat, ikan mentah, daging mentah dan telur mentah serta makanan anjing.
Jadi nampaknya selepas ini jangan lagi amalkan bagi ikan mentah tau 😁!
Semoga perkongsian info ini bermanfaat kepada semua.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply