Jika seseorang individu mempunyai masalah resdung pasti berasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika tersilap makan makanan ‘pantang’ untuk penyakit ini.
Disini kami kongsikan petua untuk merawat resdung dengan kaedah rawatan tradisional dengan menggunakan bahan semulajadi.
Yang paling penting, bahan yang di gunakan adalah murah dan mudah di dapati. Penyediaannya pula tidak rumit.
Antara bahan yang diperlukan hanyalah limau nipis dan daun pandan.
Caranya, diperlukan 8 biji buah limau nipis,
kemudian ambil daun pandan lebih kurang 10 helai dan hilis halus atau racik sepertimana hendak membuat bunga rampai.
Seterusnya limau nipis dibelah dan diperah kemudiannya digaul sebati dengan daun pandan yang telah diracik halus.
Setelah adunan sudah digaul sebati, anda boleh menyapu atau lumurkan adunan berkenaan pada muka.
Setelah bahan tadi sebati, satu ‘chemical’ akan terbentuk hasil dari tindak balas daun pandan dan juga asid tradisional limau nipis.
Setelah 5 minit anda akan dapat lihat ulat resdung akan keluar melalui kulit muka (banyak di bahagian kening) dan boleh lah menarik keluar ulat resdung terbabit.
Tekap kain yang berwarna hitam pada permukaan muka kerana ulat akan melekat pada kain tersebut dan lebih mudah dilihat pada permukaan kain hitam.
Amal tiga kali seminggu dan antara waktu paling sesuai untuk melakukan petua ini adalah pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Selamat mencuba!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply