Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa membenarkan duta dan kakitangan kedutaan asing yang beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat di masjid bermula 3 Julai ini.
Manakala surau-surau yang diuruskan oleh Pejabat Kedutaan yang telah beroperasi sebelum PKP juga dibenarkan untuk melaksanakan Solat Jumaat.
“Kementerian Luar Negeri juga akan menghantar Nota Diplomatik kepada kedutaan yang terlibat berkenaan SOP yang perlu dipatuhi.
“Walaubagaimanapun bagi warganegara asing beragama Islam lain, kebenaran masih dalam pertimbangan dan keputusan akan diumumkan dalam masa yang terdekat,” ujar beliau.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply