Penyanyi rap dan penulis lirik tanahair Joe Flizzow selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangan, Marini Ramlan hari ini.
Berita gembira ini dikongsi oleh ibu Marini sendiri menerusi akaun Instagram miliknya @fbi_fatimah.binti.ismail.
Beliau memuatnaik foto pernikahan anak dan menantunya sedondon dalam persalinan putih dengan kapsyen ‘Covid wedding vibes’.
Untuk rekod, pasangan ini bertunang pada Disember tahun lalu setelah beberapa tahun menyulam hubungan cinta dan merancang bernikah pada April lalu namun terpaksa ditunda berikutan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Tahniah Joe Flizzow dan pasangan, semoga hubungan kekal bahagia hingga ke Jannah.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply