Wisma Putra dalam satu kenyataan menyatakan Malaysia menentang keras serangan peluru berpandu dan dron yang dilancarkan oleh pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi sejak kebelakangan ini.
Sehubungan itu, Malaysia mendesak semua pihak di Yaman untuk segera menghentikan provokasi ini.
Tindakan pencerobohan secara keji dan berterusan ini hanyalah memberi kesan buruk terhadap keamanan dan kestabilan di Yaman.
Sejajar dengan sokongan terhadap rayuan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Mac lalu agar gencatan senjata dilakukan tambahan dalam tempoh serangan wabak pandemik COVID-19, Malaysia meminta semua pihak bekerja secara konstruktif menuju penyelesaian politik untuk keamanan yang berkekalan di Yaman.
Posted by Wisma Putra on Thursday, 25 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply