Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPengunjung berkumpul terlalu ramai, Bukit Broga ditutup mulai Sabtu ini

Pengunjung berkumpul terlalu ramai, Bukit Broga ditutup mulai Sabtu ini

Kawasan pendakian Bukit Broga, Selangor diarah tutup berkuatkuasa Sabtu ini (27 Jun) susulan penularan isu pengunjung berkumpul terlalu ramai di tempat berkenaan baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media COVID-19 petang tadi berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius ketidakpatuhan SOP di kalangan masyarakat.

Justeru itu, KKM mengeluarkan perintah penutupan kawasan pendakian terbabit di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jelas beliau lagi, kawasan pendakian berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

“SOP dan normal baharu yang sering ditekankan kerajaan sememangnya bertindak sebagai sistem pertahanan negara kita terhadap penularan wabak COVID-19.

“Justeru, KKM menyeru orang ramai supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu.

“KKM berharap segala usaha kita selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat,” kata beliau.

Bukit Broga ditutup mengikut Akta 342 Mutakhir ini, terdapat pelaporan di media massa dan media sosial terhadap tahap…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 25 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments