Orang Terengganu dan Negeri Sembilan mesti pernah dengar ‘Pokok Maman’?
Pokok maman atau nama sainsnya Cleome Gynandra adalah sejenis sayuran yang ditanam secara meluas terutama di kedua-dua negeri ini.
Terdapat beberapa jenis pokok maman antaranya maman berbunga ungu dan berbunga kuning.
Disamping mudah ditanam dan dijaga, pokok ini kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya zat besi, kalsium dan vitamin C.
Bagi merawat angin dalam badan, ambil sedikit biji pokok maman ditumbuk lumat dan kemudian ditelan.
Sekiranya direbus, air rebusan biji maman boleh dijadikan ubatan luaran bagi merawat buasir dan reumatisme.
Daun maman yang dihancur dan disapu atau digosok, diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakit dan sengal.
Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal, pada reumatisme dan kepala bagi menghilang sakit kepala.
Sekiranya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, menghilangkan kahak dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.
Akar pokok maman jika direbus dan minum dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply