Pihak kerajaan telah bersetuju memberi kebenaran penganjuran majlis sosial bermula 1 Julai depan.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata majlis sosial yang dibenarkan merangkumi kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, majlis sambutan ulangtahun atau hari jadi, majlis reunion dan lain-lain.
“Walaubagaimanapun, majlis sosial yang dibenarkan ini dihadkan diadakan selama tiga sehingga lima jam sahaja (tertakluk kepada penganjuran) dan kapasiti tidak melebihi 250 individu bagi satu-satu masa.
“Kapasiti ini juga tertakluk kepada saiz ruang serta penjarakan sosial.
” Manakala bagi penyajian makanan pula, sepertimana yang telah dimaklumkan penyediaan buffet adalah tidak dibenarkan walaubagaimanapun ianya boleh dilonggarkan iaitu jika makanan majlis perlu secara hidangan atau jika buffet disediakan, makanan berkenaan haruslah dihidangkan (serve) oleh pramusaji.
“Para pengunjung tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil sendiri makanan atau juadah yang disediakan namun ianya akan diberikan oleh pramusaji yang bertugas,” ujar beliau.
Dalam pada itu beliau turut mengumumkan SOP yang telah ditetapkan, antaranya :
i)Kaunter saringan kesihatan di pintu masuk untuk pastikan bilangan kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan saringan gejala.
ii)Tetamu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius atau bergejala tidak dibenarkan masuk.
iii)Penganjur dan tetamu digalakkan memakai pelitup muka (face mask).
iv)Penganjur majlis mesti mendaftarkan tetamu menggunakan aplikasi MySejahtera atau rekod secara manual untuk rekod sekiranya berlaku kes jangkitan.
Namun jika penganjur berasa agak sukar untuk dilakukan, penganjur juga disarankan agar tidak meneruskan penganjuran kerana PDRM masih lagi memantau setiap pematuhan SOP.
Pihak penganjur juga disarankan supaya menyediakan laluan keluar masuk yang berbeza bagi mengelakkan kesesakan di kawasan majlis.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply