Operasi benteng atau kawalan sempadan negara yang dianggotai oleh beberapa agensi penguatkuasa sempadan antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Sehubungan itu, PDRM telah melaksana 72 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 38,501 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa lzin (PATI).
Pemeriksaan turut dilaksana di kawasan yang terdapat lorong-lorong tikus.
PDRM juga telah berjaya menahan lapan warga asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen.
Oleh itu, pihak kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply