Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKetahui apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan cara mengatasinya

Ketahui apa itu Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan cara mengatasinya

Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan saraf yang berlaku akibat tekanan pergerakan yang berulang-ulang di pergelangan tangan.

Kebiasaannya seseorang itu akan mengalami gejala kebas, lenguh dan sakit atau merasa mencucuk-cucuk pada permukaan tangan.

Kesakitan ini boleh menjadi semakin serius sehingga merebak ke bahu dan seluruh lengan.

Majoritinya CTS berlaku disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan atau menekan pada permukaan keras dalam jangka masa yang lama.

Golongan yang berisiko mengalami masalah ini terdiri daripada tukang jahit, tukang masak, ahli muzik, pekerja salon atau tukang gunting rambut serta pekerja yang menaip sepanjang hari.

Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja.

Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.

Adakah anda mengalami masalah tangan kebas dan sakit pada waktu malam ?Kesakitan ini semakin serius pada waktu pagi…

Posted by Public Health Malaysia on Sunday, 21 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments