Kerajaan Negeri Victoria, Australia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung pembatalan kelonggaran kawalan pergerakan setelah didapati berlaku peningkatan semula kes COVID-19 di negara berkenaan.
Menurut siaran media, kes COVID-19 kembali meningkat berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung di antara ahli keluarga serta majlis keramaian.
Justeru, kerajaan negeri terpaksa membatalkan rancangan untuk memberikan kelonggaran malah kawalan pergerakan akan diperketatkan bermula hari ini.
“Hanya lima tetamu dibenarkan di setiap rumah dan 10 orang jika berjumpaan di luar rumah.
“Aktiviti sosial dihadkan dan premis perniagaaan hanya boleh membenarkan 20 pelanggan pada satu masa,” ujar kenyataan terbabit.
Kerajaan Negeri Victoria, Australia, terpaksa membatalkan rancangan untuk melonggarkan kawalan pergerakan selepas kes…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 20 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply