Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan bernilai RM942 juta

PM lulus Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan bernilai RM942 juta

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah hari ini telah mengumumkan bantuan tambahan berjumlah RM942 juta kepada pengguna elektrik domestik di Semenanjung.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dalam sebuah sidang media khas yang diadakan pagi tadi, menteri terbabit turut mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan ini akan memanfaatkan lebih 7.5 juta pengguna.

Menteri KeTSA YB Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah hari ini mengumumkan bantuan tambahan kepada pengguna elektrik domestik…

Posted by Kementerian Tenaga dan Sumber Asli on Saturday, 20 June 2020

Menurut beliau, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara pengumuman yang dibuat adalah seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna dengan bil elektrik sebulan dibawah RM77 atau penggunaan bawah 300kWj akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan (April, Mei dan Jun).

Selain itu, bantuan juga akan dikreditkan kepada pengguna dalam kategori di atas pada bil bulan Julai dan pengguna domestik dengan bil melebihi 300kWj dalam tempoh yang sama akan menerima potongan bil sebanyak RM231 (RM77 sebulan) dan bayaran berkenaan akan dikreditkan pada bil bulan Julai.

Beliau turut memaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak akan membuat pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020.

Nampaknya rakyat sudah boleh menarik nafas lega sedikit lah ya setelah dikejutkan dengan peningkatan jumlah bil yang perlu dibayar baru-baru ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments