Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAPetua mudah jaga kecantikan wajah

Petua mudah jaga kecantikan wajah

Kecantikan merupakan antara aset atau perkara yang perlu diambil berat oleh setiap individu terutamanya bagi wanita.

Ketahui empat petua asas dan rahsia penjagaan kecantikan yang mudah lagi berkesan supaya kulit anda sentiasa kekal muda, sihat dan cantik!

1) Bibir merah semulajadi

Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

2) Melebatkan bulu kening

Pastinya setiap wanita inginkan bulu kening yang cantik dan tersusun tanpa dicukur bukan?

Caranya mudah sahaja, ambil daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

3) Muka licin berseri

Sapu Yogurt Asli pada keseluruhan bahagian muka jadikan sebagai masker.

Biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih.

Ulang setiap tiga kali seminggu hasilnya kulit wajah akan kelihatan licin, berseri, segar serta mengelakkan daripada kulit muka menjadi kering.

4) Naikkan seri wajah

Ambil air kelapa sapukan ke muka dan biarkan hingga kering. Selepas itu, cuci muka hingga bersih.

Selain dapat menaikkan seri wajah, air kelapa juga dapat membantu menghilangkan parut pada wajah jika diamalkan selalu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments