Ketua Setiausaha Negara (KSN), Dato’ Seri Mohd Zuki Ali melancarkan Program Kelestarian “Malaysiaku Indah” yang akan dilaksanakan secara kolaborasi bersama PUSPANITA Kebangsaan serta kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).
Program ini akan melibatkan penanaman pokok oleh sukarelawan yang terdiri daripada ahli-ahli PUSPANITA daripada 39 cawangan di seluruh negara bagi membantu sasaran kempen 100 juta pokok yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Penyerahan anak pokok merbau yang telah diisytiharkan sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia oleh Ketua Setiausaha KeTSA, Datuk Zurinah Pawanteh kepada Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.
MAJLIS ASPIRASI PUSPANITA BERSAMA YABHG. PUAN SRI DATIN PADUKA NOORAINEE BINTI HAJI ABDUL RAHMAN, ISTERI KEPADA YAB…
Posted by Jabatan Perdana Menteri on Thursday, 18 June 2020
Majlis julung kali diadakan bersama isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman sejak beliau menjadi Penaung PUSPANITA pada 1 Mac 2020 yang lalu turut menyampaikan sumbangan terkumpul yang bernilai RM226,927.00 daripada PUSPANITA kepada tabung-tabung bantuan COVID-19.
Empat (4) buah tabung yang menerima sumbangan tersebut adalah, antaranya :
i) Tabung Akaun Khas Sumbangan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menerima sumbangan sebanyak RM170,427.00

ii) Tabung COVID-19 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang menerima sumbangan sebanyak RM25,000.00

iii) Tabung Prihatin YKN-JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menerima sumbangan sebanyak RM15,000.00; dan

iv) Tabung Musa’adah COVID-19 di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menerima sumbangan sebanyak RM16,500.00.
Jumlah terkumpul ini adalah hasil sumbangan oleh Cawangan PUSPANITA dari seluruh negara.
Di majlis berkenaan, turut disampaikan sumbangan kepada waris Allahyarhamah Puan Saziah Mohd Said, Ahli PUSPANITA yang juga merupakan Pembantu Tadbir N19 di Bahagian Sumber Manusia, KKM yang disahkan positif COVID-19 dan meninggal dunia pada 29 Mac lalu yang telah disampaikan oleh Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply