Jangkitan denggi bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah oleh orang ramai kerana jika tersilap langkah ianya boleh meragut nyawa.
Memetik perkongsian dari laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia.
Meskipun kini orang ramai berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu namun usaha menghapuskan jangkitan denggi juga perlu diketengahkan dalam kebiasaan baharu ini.
Ini kerana terdapat peningkatan kes denggi sejak lapan minggu yang lalu dengan purata 8% seminggu dimana sejak Januari sehingga 13 Jun, seramai 88 orang telah pun meninggal dunia akibat denggi.
Negeri yang mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi adalah di Selangor dengan jumlah jangkitan sebanyak 28,741 dan diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah kes sebanyak 5,083.
Setiap negara di dunia diuji dengan pandemik COVID-19 termasuk Malaysia. Berlandaskan usaha merealisasikan norma baharu,…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 16 June 2020
Selain itu terdapat beberapa lagi negeri yang mencatatkan jumlah kes yang agak tinggi antaranya Johor (4,680 kes), Sabah (2,454) kes, Perak (1,899) kes, Kelantan (1,781) kes, Negeri Sembilan (1,372) kes dan Pahang (1,340) kes.
Berdasarkan trend kes denggi dalam tempoh lima tahun, KKM menjangkakan gelombang kedua denggi bakal bermula awal Jun hingga September 2020.
Oleh itu, KKM menyeru agar kita bersama-sama melaksanakan “10 minit hapuskan Aedes” dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes di sekitar penempatan masing-masing setiap minggu.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply