Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATUDM bawa pulang 81 warga Malaysia di Selatan Filipina

TUDM bawa pulang 81 warga Malaysia di Selatan Filipina

Pesawat C130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan penerbangan bagi Misi Repatriasi Rakyat Malaysia yang terkandas disebabkan oleh kuarantin komuniti dan perintah ‘lockdown’ oleh kerajaan Republik Filipina untuk menangani pandemik COVID-19 di Selatan Filipina kelmarin (11 Jun 2020).

Memetik perkongsian dari laman Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ekoran daripada perintah ‘lockdown’ yang telah dilakukan itu maka kesemua penerbangan komersial antarabangsa dan domestik telah dihentikan.

“Justeru, dengan usahasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Duta Besar Malaysia ke Filipina, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengaturgerak pesawat TUDM bagi membawa pulang seramai 81 rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

“Usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang kesemuanya adalah penduduk negeri Sabah dilaksanakan atas dasar mengambil kira faktor keselamatan rakyat Malaysia serta situasi semasa di negara berkenaan.

“TUDM yang sentiasa siap siaga telah berjaya melaksanakan misi tersebut dengan jayanya berpandukan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan oleh Markas Pemerintahan Operasi Udara. SOP ini digunakan bagi melaksanakan setiap misi sebegini ketika negara mula-mula dilanda wabak COVID-19,” kongsi pihak terbabit.

Misi Repatriasi Rakyat Malaysia yang terkandas di Selatan Filipina melibatkan warga kerja TUDM dari Pangkalan Udara Subang khususnya Cabang Pergerakan Udara, anak kapal dari No. 20 Skuadron serta pegawai dan petugas perubatan dari Institut Perubatan Penerbangan (IPP) yang dipertanggungjawabkan bagi menentukan keperluan saringan kesihatan serta keperluan perubatan yang khas telah melaksanakan misi ini.

Turut serta bersama dalam misi terbabit adalah doktor dan staf perubatan dari Hospital Queen Elizabeth.

Di samping itu, para petugas yang terlibat dengan misi berkenaan turut dilengkapi dengan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) bagi memastikan bebas dari terdedah kepada sebarang jangkitan virus.

TUDM SELAMAT MEMBAWA PULANG 81 ORANG RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI SELATAN FILIPINA12 Jun 2020 – Pesawat C130H…

Posted by Tentera Udara Diraja Malaysia on Thursday, 11 June 2020

Pesawat Hercules C130 TUDM telah berlepas dari Pangkalan Udara Labuan pada jam 10.11 pagi kelmarin dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zamboanga pada jam 12.02 tengah hari dan pengurusan di Lapangan Terbang Antarabangsa Zamboanga mengambil masa lebih 3 jam sebelum pesawat C130H berlepas pada jam 3.25 petang untuk membawa kesemua rakyat Malaysia ke Kota Kinabalu.

Pesawat C130H selamat tiba di Lapangan Terbang KKIA 2 pada jam 4.25 petang. Pesawat pengangkut C130H ini juga turut dipastikan disinfeksi sepenuhnya selepas selesai misi manakala semua tim petugas yang terlibat turut dipastikan melalui proses perubatan dan kuarantin selepas selesai misi bagi memastikan mereka bebas COVID-19.

Kejayaan pelaksanaan misi ini telah membuktikan hubungan diplomatik dan kerjasama antarabangsa yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Republik Filipina.

Syabas dan tahniah TUDM!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments