Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perkhidmatan pengangkutan awam dibenarkan beroperasi tanpa had masa serta kapasiti penumpang.
Menerusi perutusan harian PKPP Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkhidmatan ini termasuklah teksi atau e-hailing, pesawat penerbangan, bas ekspres, bas awam, feri, kereta api, kereta api aliran ringan dan lain-lain yang berkaitan.
“Para penumpang digalakkan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan proses pembayaran tambang menerusi kaedah tanpa tunai.
“Pengusaha perkhidmatan awam dikehendaki merekodkan suhu badan penumpang terlebih dahulu sebelum berlepas atau bergerak ke sesuatu destinasi.
“Pihak bertanggungjawab juga perlu memastikan setiap penumpang mematuhi SOP pemakaian topeng muka serta mengamalkan kawalan kendiri,” kata beliau dalam sidang media sebentar tadi.
Selain itu, beliau turut mengatakan hari ini kerajaan juga telah membenarkan kenderaan persendirian untuk membawa penumpang selain daripada keluarga yang sama.
SIARAN LANGSUNG:SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKANOLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.
Posted by Majlis Keselamatan Negara on Wednesday, 10 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply