Selamat Bersara Dr Rohaizat!
Salah seorang wira perangi COVID-19!
Beliau antara individu penting yang membantu negara berdepan wabak COVID-19 sejak kes pertama dilaporkan pada 25 Jan lalu sehingga berada di fasa pemulihan (recovery phase).
Dato’ Dr Rohaizat Yon juga individu penting membantu Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menyiapkan data-data untuk dibentangkan pada setiap kali Mesyuarat Harian COVID-19 Menteri Kabinet.
Berita yang dikongsikan di laman Facebook Friends of Malaysian Frontliners dan menyatakan Dato’ Dr Rohaizat Yon seorang yang bekerja sehingga ke hari terakhir di Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Mengabdikan diri sekian lama untuk warganegara menikmati perkhidmatan kesihatan terbaik dengan sedaya upayanya.
“Pengorbanannya besar kepada negara. Suaranya tidak pernah mengisi sidang media harian mengenai COVID-19, Dr Rohaizat sangat disayangi, disegani warga KKM kerana kegigihannya, keberaniannya bersuara dalam perbincangan dan mesyuarat juga konsisten dalam perjuangannya.
“Disaat persaraannya, cuti yang terkumpul bertimbun-timbun terpaksa dikorbankan begitu sahaja kerana pandemik COVID-19 melanda seluruh negara dan dunia.
“Bertugas siang dan malam memastikan kesiapsiagaan jururawat, pembantu perubatan, doktor, ambulans, koroner, katil, ventilator, segala jenis ubat, pakaian perlindungan peribadi (PPE), topeng hidung dan mulut, sarung tangan, sarung kasut, apron dan segela peranti tersedia ketika aman mahu pun ketika negara menangani wabak COVID-19.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=139389437753666&id=110081334017810&sfnsn=mo
“Seawal subuh beliau sudah keluar rumah untuk bersama pasukan pakar penyakit berjangkit dan pakar penyelidikan KKM berbincang, mencambah minda dan melengkapkan data bersama Dato’ Seri Dr Adham Baba, sebelum Menteri Kesihatan itu dan Ketua Pengarah, Datuk Noor Hisham Abdullah hadir mesyuarat harian Menteri-Menteri berkenaan wabak COVID-19. Itulah rutin harian Dr Rohaizat,” kongsinya.
Selamat bersara Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perjuangan anda amat dihargai dan semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Selamat bersara hero kami, hero seluruh frontliners dan seluruh rakyat Malaysia!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply