Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Faizal Azumu dalam satu sidang media pelaksanaan PKPP Negeri Perak berkata kerajaan negeri menerima baik dan mengguna pakai pembukaan semula sektor dan SOP yang telah diumumkan oleh kerajaan persekutuan.
“Semua aktiviti perniagaan, sosial dan rekreasi yang belum dibenarkan oleh kerajaan persekutuan turut dilaksanakan disini malah kerajaan negeri juga sedang menperhalusi semua SOP untuk pasar pagi, pasar terbuka, pasar tani, pasar malam dan bazaria.
“Ini kerana pihak kami menerima banyak permintaan dari peniaga dan penjaja kecil yang terjejas pendapatan akibat pelaksanaan PKP malah kerajaan negeri menyambut baik pengumuman kerajaan persekutuan dan menitikberat semua SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan bagi pasar-pasar.
“Namun terdapat sedikit pindaaan untuk SOP kerajaan persekutuan negeri Perak dimana kita telah buat keputusan untuk membuat latihan sukan berpasukan dan sukan tempur,” ujar beliau.
Menurutnya, bagi mereka yang ingin berlatih perlu membuat permohonan melalui persatuan dan mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Manakala pembukaan kedai gunting rambut, hairdresser dan salon kecantikan serta pembukaan sukan dan rekreasi fasa kedua juga digunapakai namun harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimana waktu beroperasi adalah bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 malam.
“Ini kerana jangkaan waktu kehadiran pelanggan adalah sekitar jam 9.00 pagi sehingga jam 10.00 malam.
“Namun pengusaha premis haruslah membuat sanitasi dan juga beberapa serta SOP lain sebelum, semasa dan selepas pelanggan memasuki premis,” katanya.
Selain itu, kerajaan negeri turut menetapkan waktu operasi bagi pembukaan pasar pagi dan juga pasar terbuka yang mula berniaga 15 Jun ini.
Berikut adalah waktu operasi yang ditetapkan :
1)Pasar Pagi: 6.00 pagi sehingga 11.00 pagi
2)Pasar malam: 4.00 petang sehingga 10.00 malam
3)Bazaria: 5.00 petang sehingga 11.00 malam
Para penjaja diingatkan agar menjaga jarak sosial 1.5 meter hingga 2 meter bagi setiap gerai. Lokasi jualan di kawasan terbuka dan berpagar bagi mengawal pergerakan masuk dan keluar sehala.
Tambahnya, tidak semua pasar malam di seluruh negeri Perak akan dibuka serentak kerana peniaga juga bimbang jika beroperasi semula secara terbuka.
“Oleh kerana itu, kerajaan negeri turut mengarahkan semua PBT untuk memberi bantuan kepada persatuan-persatuan payung yang mengendalikan operasi pasar-pasar pagi dan pasar malam agar memastikan orang ramai patuh SOP dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan pihak-pihak berkaitan.
“Semua PBT juga setuju untuk membuka sebilangan pasar malam yang mereka mampu uruskan contoh di Bandaraya Ipoh, MBI bersetuju untuk buka 15 lokasi pasar malam di sekitar Ipoh setelah melakukan perbincangan dengan pihak persatuan,” jelas beliau.
Dalam pada itu, kerajaan negeri juga sedang memperhalusi kesemua SOP yang perlu ditambahbaik dan turut berharap orang ramai akan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply