Perkembangan kes COVID-19 pada hari ini (10 Jun) mencatatkan rekod paling rendah iaitu dengan dua kes baharu.
Masing-masing melibatkan satu kes import warganegara Malaysia dan satu kes penularan tempatan di kalangan warga asing.
Ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes yang aktif adalah 1,206 pesakit beserta lima dirawat dalam ICU.
Seterusnya, kes sembuh pada hari ini ialah seramai 39 orang.
Dukacita dilaporkan, satu kematian COVID-19 direkodkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 118.
Terkini #covid19malaysia, 10 JunKes sembuh = 39Jumlah kes sembuh = 7,014(Kes baharu positif = 2Import = 1Kes…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Wednesday, 10 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply