Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPM menghadap Yang di-Pertuan Agong, Mesyuarat pra-Kabinet secara bersemuka pertama susulan PKPP...

PM menghadap Yang di-Pertuan Agong, Mesyuarat pra-Kabinet secara bersemuka pertama susulan PKPP dikuatkuasakan hari ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara pagi ini.

Sesi mesyuarat berkenaan yang berlangsung selama satu jam 15 minit dari jam 8.30 pagi tadi, kembali diadakan secara bersemuka susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mula berkuat kuasa hari ini.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi ini berkenan…

Posted by Muhyiddin Yassin on Tuesday, 9 June 2020

Mesyuarat Pra-Kabinet ini adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Perdana Menteri turut berkongsi beberapa foto bersama Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook rasmi miliknya.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments