Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPersatuan Hotel Malaysia nafi hotel-hotel di Langkawi mendapat 1,000 tempahan bilik

Persatuan Hotel Malaysia nafi hotel-hotel di Langkawi mendapat 1,000 tempahan bilik

Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengeluarkan kenyataan dan pemakluman berita palsu melibatkan Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM yang telah menafikan pernah mengeluarkan infografik dengan kenyataan “Jumlah Pengangguran Terus Meningkat dan Tertinggi Dalam Sejarah 2.05 Juta Orang – Jabatan Perangkaan Malaysia” sepertimana yang tular di media sosial.

DOSM turut menyarankan agar orang ramai merujuk kepada “Advance Release Calendar (ARC)” di portal DOSM (www.dosm.gov.my) untuk mendapatkan statistik yang sahih.

[9 Jun 2020, 11:00 pagi]PEMAKLUMAN BERITA PALSUBerikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.#COVID19#DudukRumah#MCMC#NormaBaharu#Sebenarnyamy#TidakPastiJanganKongsi

Posted by Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia on Monday, 8 June 2020

Selain itu, pihak Persatuan Hotel Malaysia (MAH) juga menafikan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) yang dilaporkan oleh Astro Awani bahawa hotel-hotel di Langkawi telah mendapat 1,000 tempahan bilik dalam tempoh satu jam selepas Perdana Menteri mengumumkan penguatkuasan PKPP yang membenarkan pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020.

Ahli-ahli MAH dari Kedah, Perlis dan Langkawi menafikan kemungkinan berlakunya tempahan sebanyak itu malah berita angin ini telah menimbulkan kesangsian dan tanda tanya di kalangan pengusaha dan pekerja hotel.

MAH menyeru agar orang ramai menghubungi CEO MAH, Yap Lip Seng di ceo@hotels.org.my atau 60122800300 untuk sebarang pertanyaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments