Lathi Challenge kini menjadi kegilaan dan ikutan tidak kira di kalangan para selebriti mahupun orang awam.
Perkongsian seorang pengguna laman Facebook Azie Kamal yang memberitahu dirinya telah diganggu setelah menonton #LathiChallenge berulang kali.
“Lagu dia best music cuma maksud tu kita kena faham sebenarnya,sekarang Agama Islam larang sama sekali kita buat challenge tu. Saya ni tengok la video tu pada mulanya ok lagi, lepas tu tengok (SCROLL) yang lain Sebab nampak menarik. Perwatakan lagu tu mcm best mcm kene pukau pun ada suka dengar. Berulang kali duk pasang 😖 ” tulisnya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3197859036937960&id=100001416846299&sfnsn=mo
Bercerita pengalaman yang dilaluinya, ketika berada di dalam tandas untuk mandi kira-kira jam 9.50 malam, memeranjatkan apabila dia melihat lembaga hitam tanpa kepala di sebalik pantulan cermin tandasnya!
“Tapi kenapa badan saja ? Mana kepala dalam cermin😭saya cuba kuatkan semangat Sebab mungkin tu perasaan saya lepas tengok video tu kot. Saya terus mandi lagi cuba kuat semangat lepas tu ada lagi kelibat Di belakang saya. Lepas tu tubuh saya jadi lesu dan letih. Ya allah tuhan saja yang tahu.
“Sampaikan nak tidur tak boleh langsung, mungkin sebab saya ni tubuh tak kuat sebab lemah semangat. Walaupun Itu hanyalah cerita/video semata-mata Tapi mungkin saya yg tak enak badan” tulisnya.
Tambahnya lagi, dia juga ada mendengar cakap-cakap orang bahawa lagu cabaran berkenaan menyeru perkara-perkara khurafat dan syirik.
Azie Kamal sempat menitipkan pesanan dan meminta agar orang ramai yang membuat cabaran berkenaan supaya tidak terlalu taksub dengan kepercayaan orang-orang Jawa.
” Untuk orang yang lemah macam saya please la jangan tengok video tu dan dengar lagu tu secara menghayati. Saya tak arif bab ni tapi saya #SHARING apa yang terjadi pada saya semalam. Saya bercerita Bukan untuk menakutkan mana-mana pihak. Tapi untuk tatapan orang islam kita ” ujarnya mengakhiri perkongsiannya.
Nampaknya dah beberapa orang yang terkena gangguan setelah melihat dan membuat cabaran berkenaan dan semoga perkongsian ini menjadi iktibar buat anda di luar sana.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply