Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPKPP : Perkhidmatan awam beroperasi sepenuhnya, semua projek pembangunan diteruskan segera -...

PKPP : Perkhidmatan awam beroperasi sepenuhnya, semua projek pembangunan diteruskan segera – KSN

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berakhir pada 9 Jun 2020 dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos depan.

Memetik kenyataan media Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali, beliau menyatakan sepanjang tempoh PKPP ini, semua perkhidmatan kerajaan bakal beroperasi sepenuhnya.

“Memandangkan sekolah masih belum dibuka sepenuhnya, sistem penggiliran dan bekerja dari rumah (WFH) diteruskan mengikut keperluan dengan mengambil kira kebajikan penjawat awam sebagaimana Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Rujukan JPA.SARAAN(S)256/6/31 JLD.6(6) bertarikh 2 Mei lalu.

Posted by Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara on Sunday, 7 June 2020

“Ketua Jabatan hendaklah menggunakan kebijaksanaan dan tegas dalam perkara ini, bagi menyokong ekonomi negara agar kembali berada di landasan, saya menggesa agar semua projek pembangunan diteruskan dengan kadar segera.

“Bagi projek yang benar-benar memerlukan lawatan tapak, aktiviti ini adalah dibenarkan dengan mengamalkan kebiasaan baharu dan meminimakan bilangan peserta,” ujar beliau.

Beliau menambah aktiviti bermesyuarat dan bengkel juga dibenar untuk dianjurkan dengan syarat mematuhi prosedur keselamatan dan protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau menambah, PKPP yang akan dikeluarkan oleh MKN termasuk semua arahan oleh pihak berkuasa hendaklah dipatuhi dan ketua-ketua jabatan perlu memastikan semua SOP keselamatan dan kesihatan dipatuhi sepenuhnya seperti melaksanakan saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan sosial, memakai penutup muka dan menyediakan hand sanitizer.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments