Menteri Hal Ehwal Agama telah membentangkan cadangan memberikan lebih kelonggaran untuk bersembahyang secara berjemaah di Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini.
Berita terbabit dikongsikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (6 Jun 2020) sebentar tadi.
“Kalau dulu hanya dihadkan kepada 30 orang sahaja, tetapi tadi kita telah bersetuju, pada dasarnya iaitu kepada keluasan masjid.
“Asalkan ada penjarakan sosial di dalam masjid, maka tiada halangan untuk kita membuka peluang kepada orang ramai untuk bersembahyang berjemaah di masjid,” ujar beliau.
Jika masjid besar, dan mampu membuat penjarakan sosial 1 meter bagi setiap jemaah, jika mampu memuatkan sehingga 200 ke 300 jemaah dengan jarak yang ditetapkan, maka sebanyak itu jugalah jemaah boleh menunaikan solat secara berjemaah di masjid berkenaan.
Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (6 Jun 2020)
1. Task Force Operasi Pematuhan
– 77,111 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) June 6, 2020
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply