Operasi pasar termasuk pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan akan dibuka semula bermula 15 Jun depan.
Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembukaan pasar ini tertakluk kepada SOP dengan hanya membenarkan jualan secara ‘take-away’ sahaja.
Pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini, beliau berkata para peniaga juga perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE), sarung tangan serta topeng muka.
“Waktu operasi bagi pasar pagi dan pasar terbuka akan dihadkan dari 6.00 pagi hingga 11.00 pagi.
“Manakala waktu berniaga bagi pasar malam jam 4.00 petang hingga 10.00 malam dan bazaria dibenarkan beroperasi pada jam 5.00 petang sehingga 11.00 malam.
“Selain itu, setiap kedudukan kedai akan dijarakkan 1.5 hingga 2 meter dan lokasi jualan akan diadakan di tempat kawasan yang luas serta berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk sehala,” kata beliau.
Dalam pada itu, beliau menegaskan tindakan penutupan serta merta akan dilakukan jika berlakunya ketidakpatuhan SOP sepanjang operasi dilaksanakan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply