Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAWarga Malaysia berada dalam keadaan selamat, Perwakilan Malaysia sentiasa pantau rapi perkembangan...

Warga Malaysia berada dalam keadaan selamat, Perwakilan Malaysia sentiasa pantau rapi perkembangan rusuhan di AS

Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein memaklumkan tiada berlaku sebarang kecederaan atau kematian melibatkan rakyat Malaysia berkenaan kejadian rusuhan di Amerika Syarikat (AS) rentetan kematian George Floyd 25 Mei lalu.

Jelas beliau, setakat ini tiada laporan atau makluman rasmi yang diterima berhubung rakyat Malaysia yang terlibat mahupun cedera akibat kejadian itu.

Dalam satu kenyataan media beliau berkata secara umumnya semua rakyat Malaysia di AS berada dalam keadaan selamat serta perwakilan Malaysia akan sentiasa memantau rapi perkembangan dan situasi berkenaan.

“Malaysia memandang serius kejadian yang terus berlarutan di lebih 70 buah bandar di AS.

“Justeru itu, rakyat Malaysia di sana dinasihatkan agar terus berwaspada dan menjaga keselamatan diri serta mematuhi setiap arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Manakala, bagi rakyat yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung terus dengan pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia seperti yang dinyatakan,” ujar beliau

Beliau menambah susulan perkara yang berlaku, Malaysia berharap agar krisis ini dapat ditangani secara aman dan mengesa semua pihak yang terlibat menggunakan pendekatan dialog bagi mencari penyelesaian.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments