Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA169 Pusat Kuarantin beroperasi, 14,555 sedang dikuarantin wajib

169 Pusat Kuarantin beroperasi, 14,555 sedang dikuarantin wajib

Menteri Kanan Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan sehingga jam 8.00 pagi hari ini (5 Jun) sejumlah 169 Pusat Kuarantin telah beroperasi berbanding 181 pada hari sebelumnya.

Buat masa ini seramai 14,555 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

Kelmarin (4 Jun), seramai 297 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari negara Singapura, Indonesia, Thailand, Qatar, Jepun, China, Australia dan juga Belanda. Kesemua mereka telah menjalani kuarantin wajib.

Mengikut rekod, sejumlah 49,808 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu.

Sehingga hari ini, seramai 39,372 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments