Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATamat tempoh kuarantin wajib, PM masuk pejabat hari ini

Tamat tempoh kuarantin wajib, PM masuk pejabat hari ini

Setelah menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kembali bertugas di pejabat dan memulakan kerja beliau seperti biasa.

Berita terbabit dikongsikan di laman Facebook rasmi miliknya dan menyatakan beliau telah menjalani perintah kuarantin bermula 22 Mei lepas apabila salah seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-kabinet di pejabat Perdana Menteri telah disahkan positif COVID-19.

Sepanjang tempoh kuarantin, Perdana Menteri tetap menggalas tanggungjawab dengan melakukan kerja dari rumah.

Melewati tempoh akhir kuarantin, pada 2 Jun lalu beliau sekali lagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3044851355593403&id=112183975526837

Perdana Menteri memulakan tugasan hari ini dengan mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi sesi pra-kabinet menerusi sidang video seterusnya mempengerusikan mesyuarat kabinet yang dihadiri semua anggota jemaah menteri.

Mesyuarat Kabinet hari ini diadakan secara sidang video di mana menteri-menteri kabinet berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments