Penilaian tahap kebersihan dan kemudahan infrastruktur akan dilaksanakan ke atas lebih 70 kawasan penjaja dan pasar-pasar terbuka di sekitar ibu kota sebelum dibenarkan beroperasi mengikut prosedur dan SOP yang ditetapkan pihak berwajib.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata penilaian ini akan dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mana-mana kawasan penjajaan serta pasar terbuka yang didapati kotor berserta mengalami fasiliti rosak akan diberi masa selama dua minggu pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih.
“Jika perlu DBKL akan keluarkan bajet untuk meletakkan lapisan baharu jalan-jalan rosak dan berlopk, kerja-kerja pembersihkan longkang-longkang tersumbat, betulkan mana-mana yang perlu di sekitar kawasan penjajaan.
“Selain itu, susun atur kerusi meja atau penjarakan sosial supaya kawasan pasar tidak bersesak-sesak apabila ramai kehadiran pengunjung, serta kebersihan mesti semtiasa dijaga sesuai dengan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM).
“Kita tidak mahu kawasan-kawasan pasar yang kotor, susun atur gerai-gerai yang berselerak sehinggakan pelancong yang datang tengok macam mana warga kota menjual dalam keadaan kotor,” kata beliau dalam siaran Live Streaming di laman Facebook rasminya hari ini.
Tambahnya, DBKL juga akan menempatkan lima hingga 10 pegawai di semua pasar-pasar awam dan kawasan penjajaan bagi memastikan pematuhan SOP berjalan dengan lancar.
“Kita tidak boleh membuka secara percuma kepada pengunjung, kalau tidak cukup pekerja ataupun tiada lesen di pasar-pasar tertentu, jabatan perlesenan akan uruskan untuk bagi penguatkuasaan, gabungkan jawatankuasa tempatan untuk sokong kekurangan pekerja dan berusaha mendapatkan lesen penjaja.
“Hal ini kerana saya nak pasar itu ada orang yang menguruskannya sepanjang ia beraktiviti, jadi dalam hubungan ini, konsep kita diharapkan dapat menggalakkan orang kita berniaga, kami nak mudahkan sesiapa yang nak mulakan perniagaan tetapi tiada lesen boleh mohon lesen supaya semua orang dapat menambah pendapatan untuk menampung keluarga masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyatakan DBKL telah menyediakan SOP bagi pengoperasian gerai-gerai dan pasar-pasar terbuka untuk dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Sabtu depan.
LIVE oleh Menteri Wilayah Persekutuanmerangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan NegeriWilayah PersekutuanRabu, 3 Jun 2020FB : https://www.facebook.com/AnnuarMusaFB (Mandarin) : https://www.facebook.com/TSAnnuarMusa/FB (Tamil) : https://www.facebook.com/TanSriAnnuarMusaTamil/FB Wilayahku : https://www.facebook.com/wilayahku.com.myFB KWP : https://www.facebook.com/KemWPIG : https://www.instagram.com/annuar.musa56TWITTER : https://twitter.com/annuarmusaPERTIWI WHATSAPP HELPLINE : 0136806666 / 0136887777#SilaLIKE#SilaFOLLOW#SilaSHARE#KWP#Wilayahku#WilayahCakna#OPT#OreParlimeTerre#PerangiCOVID19#StayAtHome#PrihatinRakyat#JagaJarakAnda#JarakSosial1meter#KitaJagaKita#WilayahPersekutuanTenang#HapusCOVID19#KitaMestiMenang#MenteriWilayahPersekutuan#SetiausahaAgongBN#TSAMmedia
Posted by Kementerian Wilayah Persekutuan on Tuesday, 2 June 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply