Pemakaian topeng muka atau face mask dapat menghalang dan mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19.
Kini, terdapat pelbagai jenis face mask seperti jenis kain, jenis pakai buang dan ianya datang dalam pelbagai warna dan corak dijual di pasaran.
Ada yang dihiasi manik atau batuan hiasan, malah ‘face mask’ dengan tampalan renda pun dijual di pasaran. Dua dalam satu, pelindung keselamatan dan aksesori terkini!
Namun, hanya hiasan saja yang boleh diubah dan dipelbagaikan ya.
Tali ‘face mask’ masih perlu berfungsi untuk memastikan pemakaiannya kemas bagi menutup bahagian hidung dan mulut.
Menerusi laman media sosial Facebook, ada pula perkongsian tali ‘face mask’ dipasang pada bahagian yang salah.
Adakah ini fesyen terkini, atau tukang jahit dah naik juling biji mata menyiapkan ratusan mungkin ribuan ‘face mask’ setiap hari?
Hmmm…. Macamana tu? Kalau begitu kedudukan talinya, masihkan sesuai untuk dipakai? Tepuk dada tanya selera.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
Ada sape2 tau cara nak pakai mask jenis gini x 😂
Posted by PenMerahdotcom on Monday, 1 June 2020

Leave a Reply