Saturday, November 21, 2026
HomeBERITARentas negeri untuk akad nikah dibenarkan

Rentas negeri untuk akad nikah dibenarkan

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (2 Jun 2020) sebentar tadi berkata banyak pasangan telah membuat permohonan merentas negeri bagi melaksanakan majlis akad nikah.

Memahami akan keluh kesah bakal pengantin ini, pihak kerajaan hari ini telah membuat keputusan untuk memberi kebenaran perjalanan rentas negeru kepada pasangan menyelesaikan urusan akad nikah.

Namun pasangan ini harus membuat permohonan terlebih dahulu dan tertakluk pada syarat yang sama dan memerlukan kelulusan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

SOP majlis akad nikah berkenaan tetap sama iaitu tidak boleh melebihi 20 orang di dalam majlis terbabit, menjaga penjarakan sosial dan tidak bersalam-salaman seperti mana yang telah diberitahu sebelum ini.

Manakala bagi permohonan jurufoto perkahwinan untuk mengambil gambar pra-perkahwinan dan juga gambar pengantin, pihak berkuasa turut membenarkan mereka beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Bagi sesi fotografi (outdoor) dibenarkan kerana tidak terlalu ramai dan aktiviti berkenaan terhad kepada penggambaran pra-perkahwinan dan akad nikah yang mana turut tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments