Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA273 pusat kuarantin masih aktif seluruh negara

273 pusat kuarantin masih aktif seluruh negara

Berhubung perkembangan terkini pengurusan pusat kuarantin, sehingga jam 8.00 pagi ini (30 Mei 2020), jumlah keseluruhan pusat kuarantin yang masih aktif di seluruh negara adalah 273.

Memetik sidang media Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, dari jumlah berkenaan kini 173 pusat kuarantin digunakan untuk menempatkan 13,804 Person Under Surveillance (PUS).

Manakala 100 pusat kuarantin lagi diletakkan dalam keadaan siapsiaga untuk diaktifkan jika terdapat keperluan untuk menempatkan PUS.

Kelmarin, seramai 856 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, Mesir, Hong Kong serta Qatar dan telah melalui proses dikuarantin wajib selama 14 hari.

Manakala seramai 45,383 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara ke tanah air sejak 3 April lalu melalui proses dikuarantin wajib.

Sehingga hari ini, seramai 35,615 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments