Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAOperasi Benteng berjaya tahan 1,515 PATI

Operasi Benteng berjaya tahan 1,515 PATI

Kerajaan Malaysia sentiasa memandang serius kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya melalui lorong-lorong tikus bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.

Oleh itu, bagi meningkatkan kawalan di kawasan sempadan negara kerajaan telah melaksanakan Operasi Benteng bagi mengawal ketat sempadan secara bersepadu.

Operasi Benteng yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) telah berjaya menahan 1,515 warga asing yang telah menceroboh sempadan negara.

Bermula 1 Mei lalu sehingga kelmarin, seramai 327 PATI, 41 tekong serta tujuh individu yang disyaki penyeludup dan tujuh buah kapal ditahan kerana mencuba memasuki sempadan negara secara haram.

Selain itu, Agensi Penguatkuasaan juga telah berjaya mengusir 86 PATI, tiga tekong serta tiga kapal yang mencuba membolosi kawasan sempadan negara.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments