Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPejabat Perwakilan Asing belum terima laporan rasmi warga Malaysia terkorban akibat COVID-19...

Pejabat Perwakilan Asing belum terima laporan rasmi warga Malaysia terkorban akibat COVID-19 di New York

Mengambil maklum berita akhbar The Star yang melaporkan 10 warga Malaysia di New York, Amerika Syarikat terkorban akibat jangkitan COVID-19, Wisma Putra menyatakan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York sentiasa memantau perkembangan berita ini bagi memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat yang dikeluarkan.

Sehingga kini Pejabat Perwakilan Asing masih belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana agensi kerajaan yang terlibat mengenai dakwaan rakyat Malaysia yang dijangkiti ataupun kematian akibat pandemik COVID-19.

Justeru, rakyat Malaysia di luar negara yang mempunyai sebarang kesangsian mengenai maklumat berhubung situasi ini dinasihatkan menghubungi terus Pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat untuk memperolehi maklumat yang tepat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments