Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAHanya PATI disahkan positif di Depot Imigresen Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA

Hanya PATI disahkan positif di Depot Imigresen Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA

Sehingga 25 Mei 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti kes positif jangkitan COVID-19 di tiga Depot Imigresen iaitu di Bukit Jalil, Semenyih dan KLIA.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang ditahan atas kesalahan imigresen disahkan positif dan tidak melibatkan pegawai Imigresen.

“PATI yang didapati positif di tiga depot ini akan dihantar ke pusat kuarantin dan rawatan COVID-19.

“Taman Pameran Agro Malaysia (MAEPS) di Serdang akan dijadikan pusat kuarantin khususnya untuk PATI.

“Oleh yang demikian, orang ramai tidak perlu bimbang akan berlakunya penularan jangkitan COVID-19 kerana depot-depot Imigresen merupakan tempat terkawal.

“Bahkan semua PATI serta pegawai imigresen yang bertugas juga akan disaring dan diasing dari mereka yang positif,” ujar beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments