Saturday, November 21, 2026
HomeBERITARas Adiba Radzi angkat sumpah senator

Ras Adiba Radzi angkat sumpah senator

Hari ini bekas pembaca berita, atlet paralimpik negara dan juga personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran di bangunan Parlimen.

Ras Adiba yang merupakan Presiden Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral, akan memegang jawatan berkenaan dalam tempoh masa tiga tahun berkuat kuasa hari ini sebagai mewakili golongan OKU dan beliau individu ketiga yang dilantik sebagai senator mewakili golongan OKU.

Beliau yang mempunyai pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penyiaran selama lebih 34 tahun menyifatkan pelantikan ini sebagai satu penghormatan kepada industri media negara dan menurutnya beliau sudah tidak sabar untuk membantu pelaksanaan Akta OKU, membantu isu-isu inklusiviti dan hak kepada OKU serta mengusulkan mengenai pendidikan, pekerjaan dan infrastruktur golongan OKU di negara ini.

Beliau sempat berkongsi satu entri di laman Facebook rasmi miliknya dan memaklumkan pengunduran dirinya sebagai seorang pemberita.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157176788361088&id=553291087

” Setelah 34 tahun,saya bakal tinggal kan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup,makan,lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian,Wartawan siaran,Pengulas sukan,Penerbit & Penyampai berita. Sejak 1986 di Jln Liku,saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita.Ianya hidup saya.Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan.

” Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya.

” Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini.Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya. Dan malam ini jam 8, 16Mei di NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita. Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya”, ujar beliau.

Namun sebagai bekas warga media, beliau juga mahu melihat lebih ramai OKU terlibat dalam bidang penyiaran dan kewartawanan.

Tahniah Ras Adiba Radzi!
Semoga terus berjaya dalam lapangan kerjaya baharu ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments