Anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau, Sabah membuat pemeriksaan SOP penjualan dibeberapa lokasi.
Memetik perkongsian dari laman Facebook KPDNHEP – Negeri Sabah, salah satu pemeriksaan yang dilaksanakan adalah di jeti CIQ Lama Tawau, yang menghubungkan antara penduduk Pulau Sebatik ke bandar Tawau.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2926530114102543&id=866050130150562&sfnsn=mo
Pemeriksaan ini melibatkan anggota dari pelbagai agensi penguatkuasaan daerah antaranya MPT, Kastam, PDRM, JPDS, dan Imigresen malah sepanjang penugasan di CIQ mendapati kebanyakan barangan yang dibawa keluar oleh individu atau peniaga adalah minuman berkarbonat, mineral, beras, buah-buahan dan lain-lain barangan runcit.
Individu dan peniaga daripada Pulau Sebatik diingatkan untuk tidak membawa barang kawalan tanpa kebenaran (lesen/permit/memo) serta tidak melebihi kuantiti yang dibenarkan sekiranya tiada memiliki lesen atau kebenaran daripada pengawal bekalan.
Pemeriksaan juga dijalankan di pasar awam dan premis perniagaan yang beroperasi sekitar Tawau.
Hasil pemantauan dan pemeriksaan bersama Pegawai Pemantau Harga (PPH) ke atas premis-premis tumpuan pengguna mendapati tiada berlaku pembelian panik dan bekalan barangan keperluan asas seperti beras 5kg atau 10kg, gula, tepung, minyak masak, susu, telur ayam, makanan tin dan makanan segera masih mencukupi.
Stok bekalan barangan keperluan asas di kedai borong dan runcit juga mencukupi dan tidak terjejas.
Kesemua premis yang dibenarkan beroperasi dilaporkan mematuhi SOP yang dikeluarkan sepanjang tempoh PKPB.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat, aduan atau pertanyaan boleh berhubung secara terus melalui :
👉 e-aduan.kpdnhep.gov.my
👉 Tel : 089 – 776690 (Bilik Gerakan KPDNHEP Tawau)
👉 Whatsapp : http://www.wasap.my/+60192794317/Aduan+Pengguna (Aduan Pengguna)
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply