Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan premis makanan beroperasi, beberapa Standard Operation Procedure (SOP) telah disediakan oleh pihak berwajib.
Antaranya ialah penjarakkan sosial di antara pelanggan dan juga susunan meja makan.
Menerusi platform media sosial Instagram selebriti @thenorishkarman, pelakon berbakat ini berkongsi keadaan di sebuah restoran dipercayai di negara Belanda, memperlihatkan susunan meja makan di dalam rumah kecil kaca yang sungguh unik.
Inovasi menarik!
Selain dari mematuhi arahan penjarakkan sosial, nampaknya langkah begini lebih privasi dan selamat.
Mungkin pengusaha restoran mahupun kafe di Malaysia boleh cuba idea ini✌🏻
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply