Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKetahui manfaat yogurt untuk kesihatan dan pencernaan

Ketahui manfaat yogurt untuk kesihatan dan pencernaan

Tahukah anda penggunaan yogurt dalam masakan mempunyai khasiat tersendiri dan bertindak sebagai probiotik yang baik untuk kesihatan.

Yogurt adalah sejenis makanan yang dihasilkan daripada fermentasi susu dengan bakteria asid laktik.

Yogurt merupakan sumber protein dan probiotik yang baik serta kaya dengan vitamin dan mineral.

Probiotik yang juga dikenali sebagai ‘bakteria baik’ boleh mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dengan pengambilan yang mencukupi.

Tiga fungsi probiotik, antaranya :

1. Membantu sistem penghadaman dan kesihatan usus.

Probiotik menyumbang kepada mikrobiota usus yang sihat dan seimbang bagi membantu fungsi sistem pencernaan serta kesihatan usus.

Selain itu, probiotik juga membantu dalam masalah gastrousus seperti sembelit, cirit-birit serta masalah keradangan usus.

2. Meningkatkan sistem imun.

Menghalang pertumbuhan bakteria yang tidak baik bagi mengekalkan sistem ketahanan badan.

Ia memainkan peranan yang penting dalam rangsangan serta tindak balas sistem imun manusia.

3. Memelihara kesihatan mental.

Kesihatan mental yang baik sering dikaitkan dengan sistem pencernaan yang baik di mana terdapat hubung kait yang rapat antara perut, usus dan otak manusia.

Oleh itu, sistem gastrousus yang sihat boleh menggalakkan keseimbangan emosi.

Tips memilih yogurt adalah sentiasa membaca label makanan dengan memilih yang rendah gula dan lemak serta yogurt asli yang tidak berperisa.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments