Sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia mengamalkan konsep stay at home bersama ahli keluarga masing-masing.
Namun tidak semua berpeluang merasai nikmat itu apabila ada di antara mereka yang terpisah daripada pasangan, anak, cucu serta saudara mara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian COVID-19 sering kali memperingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi amalan kawalan kendiri.
Memandangkan Aidilfitri tahun ini bakal dissmbut pada 24 Mei dengan suasana normal baharu rakyat dinasihatkan supaya terus menjaga penjarakkan sosial serta mengelakkan amalan bersalaman dan peluk cium ketika menyambut perayaan.
“Jika tidak dapat amalkan jarak sosial adalah lebih baik kita kurangkan aktiviti melawat saudara mara terdekat.
“Diharapkan perayaan disambut berlandaskan pematuhan SOP semasa berhari raya termasuk menghadkan jumlah pelawat pada satu-satu masa.
“Langkah ini bagi mengelakan berlakunya jumlah penularan COVID-19 serta memastikan tidak timbul kluster baru semasa hari perayaan,” ujar beliau.
https://www.facebook.com/1452870318149203/posts/2417194225050136/?sfnsn=mo&d=n&vh=e
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply